Tuesday, January 7, 2014

Grand Ihtifal & Sport day Si Cilik Tadika

Lama sudah tidak update blog saya ini......

Kali ini saya nak berkongsi tentang kisah anak saya Adam Daniel yang telah pun menamatkan pengajian beliau di Tadika Rama-Rama (Little Caliphs). Kihhh!! kih!!macam tinggi jea Adam nie belajar... Sebenarnya ini lah perasaan seorang ibu bila dia dapat melihat anak-anak membesar di hadapan mereka.  Walaupun anak itu masih kecil,  hati seorang ibu itu terlalu tersentuh dan gembira melihatnya di atas pentas walaupun hanya berjalan2 di atas pentas itu. Telatahnya amat mencuit hati dan menghiburkan.... Tadika pun tadika lah asalkan Adam sudah rasa perasaan convo itu sekarang.... Apalah mama merepek nie....

Grand Ihtifal ini telah pun berlangsung pada November yang lalu dan kenangan terindah Adam dengan kawan2 n teachers di Little Caliphs:

Muka ada nampak nervous jea.. relax lah Adam...

Baru mama tahu adam di tempat ke 4 dr 30 kawan2 adam, mama kira masa adam naik pentas, mama kecewa sikit sebab harapan mama nie setinggi langit...macam harapan nenek adam pada mama dulu... tapi mama happy sebab adam dah boleh berdikari sendiri  n smart skrg... jangan putus asa chayooookkkk lagi ok.

Senyum kelat dari adam... 

Apakah mereka sedang lakukan ini... 

Cerita pergi ke Makkah bersama kawan2nya untuk menunaikan haji

Nanti adam dah besar Adam bawa mama ke Makkah tunaikan haji dengan Abah MAD yea... Pimpin tangan mama yang dah kedut nie... Hiiiieeee... x mahu serious2 lah... inshaallah doa selalu..


kALAY








Penghujung tahun 2013 adalalah penghujung tahun yang amat memenatkan tetapi saya gembira seadanya. Gembira kerana Adam Daniel akan menjejaki usia 7 tahun, sementara suam-suam gembira, mama nya kerana naik lagi satu tangga usia. Kesibukan bulan Disember tahun ini amat dirasai dan saya rasa ibu-ibu yang di luar sana pun begitu juga. Perkara - perkara yang telah saya lakukan antaranya:

1) Semak semua surat khabar tentang mana- mana iklan julan murah untuk pakaian sekolah Adam;
2) Mencari Tadika baru untuk Adeeb Daniel 4 tahun dan transit Adam untuk sekolah agama dan Sekolah Kebangsaan;
3) Cuti tahun telah diambil untuk tempoh 2 minggu kerana tadika tutup jadi terpaksa cari baru tadika baru untuk Adeeb;