Saturday, November 8, 2014

MAJLIS KONVOKESYEN & KONSERT TASKA & TADIKA PKPS 2014

Alhamdulillah hari ini baru sahaja selesai konsert Adeeb 4 tahun... Mama teruja dan gembira melihat Adeeb hari ini 8/11/2014. Ingatkan perasaan teruja ini hanya akan berlaku semasa zaman abgnya Adam di Tadikanya dulu.. tetapi tidak sesekali.. Mama enjoys!!!

Mari kita layan gambar-gambar yang menjadi kenangan terindah buat Adeeb 4 tahun...

Abg Adam menemani Adeeb.. Tq Abg
Suasana Konsert
Abg Adam teman mama hari ini

Adeeb waktu sampai di senyum ... masa balik dia lapar...
Konsert sedang bermula 
Ini Persembahan Tarian Sumazau 4 tahun
 


Horrey!!! dapat juga Adeeb 1 hadiah....
Persembahan Adeeb sedang bermula Tarian Arabic ,,, Masamnya muka dia....buat muka ketat

Graduasi 6 Tahun 

Majlis Penutup .. Selesai sudah untuk Konvokesyen dan Konsert

Ada juga gambar kami bertiga... 

Overall konsert hari ini memang terbaik dan seronok sangat kerana dapat bersama-sama dengan parents yang lain dan melihat telatah anak-anak ini ketika persembahan mereka bermula. Ucapan terima kasih kepada Ustazah Siti, Pengetua Puan Azura dan Teachers di Tadika PKPS kerana berjaya menganjurkan konsert untuk anak-anak cilik ini...



Saturday, November 1, 2014

Perginya Seorang Ayah

Hati mana yang tidak sedih .. jiwa mana yang tak terasa.. Akhirnya ayah pergi meninggalkan kami semua.. Perginya seorang ayah membuat diri ini betul2 terasa atas pemergiannya.. susah untuk diluahkan,, tapi inilah hakikatnya setiap yang bernyawa itu pasti akan pergi menemuiNya.. Ayah , Angah belum puas dengan apa yang angah ingin lakukan bersama ayah.. 

Ayah, angah mahu temankan ayah lagi ke hospital membuat pemeriksaan dan kalau boleh angah nak buat sehabis baik untuk Ayah.. Tapi Allah SWT maha adil.. dan angah kini redha dengan pemergian Ayah.

Hari terakhir aku bertemu ayah di last entry aku di Bukit Gambang, rupa2nya itulah hari terakhir aku dapat bersama ayah... aku sangat gembira kerana aku dapat bersamanya di hari  itu.... 


Cuma keadaan mak masih belum stabil sekarang.. mak masih belum boleh hidup bersendirian di rumah rindukan ayah.. begitu juga angah ayah... 

Angah rindu sangat akan ayah... Al-Fatihah









Kenangan Terindah bersama Ayah...