Saturday, November 8, 2014

MAJLIS KONVOKESYEN & KONSERT TASKA & TADIKA PKPS 2014

Alhamdulillah hari ini baru sahaja selesai konsert Adeeb 4 tahun... Mama teruja dan gembira melihat Adeeb hari ini 8/11/2014. Ingatkan perasaan teruja ini hanya akan berlaku semasa zaman abgnya Adam di Tadikanya dulu.. tetapi tidak sesekali.. Mama enjoys!!!

Mari kita layan gambar-gambar yang menjadi kenangan terindah buat Adeeb 4 tahun...

Abg Adam menemani Adeeb.. Tq Abg
Suasana Konsert
Abg Adam teman mama hari ini

Adeeb waktu sampai di senyum ... masa balik dia lapar...
Konsert sedang bermula 
Ini Persembahan Tarian Sumazau 4 tahun
 


Horrey!!! dapat juga Adeeb 1 hadiah....
Persembahan Adeeb sedang bermula Tarian Arabic ,,, Masamnya muka dia....buat muka ketat

Graduasi 6 Tahun 

Majlis Penutup .. Selesai sudah untuk Konvokesyen dan Konsert

Ada juga gambar kami bertiga... 

Overall konsert hari ini memang terbaik dan seronok sangat kerana dapat bersama-sama dengan parents yang lain dan melihat telatah anak-anak ini ketika persembahan mereka bermula. Ucapan terima kasih kepada Ustazah Siti, Pengetua Puan Azura dan Teachers di Tadika PKPS kerana berjaya menganjurkan konsert untuk anak-anak cilik ini...



Saturday, November 1, 2014

Perginya Seorang Ayah

Hati mana yang tidak sedih .. jiwa mana yang tak terasa.. Akhirnya ayah pergi meninggalkan kami semua.. Perginya seorang ayah membuat diri ini betul2 terasa atas pemergiannya.. susah untuk diluahkan,, tapi inilah hakikatnya setiap yang bernyawa itu pasti akan pergi menemuiNya.. Ayah , Angah belum puas dengan apa yang angah ingin lakukan bersama ayah.. 

Ayah, angah mahu temankan ayah lagi ke hospital membuat pemeriksaan dan kalau boleh angah nak buat sehabis baik untuk Ayah.. Tapi Allah SWT maha adil.. dan angah kini redha dengan pemergian Ayah.

Hari terakhir aku bertemu ayah di last entry aku di Bukit Gambang, rupa2nya itulah hari terakhir aku dapat bersama ayah... aku sangat gembira kerana aku dapat bersamanya di hari  itu.... 


Cuma keadaan mak masih belum stabil sekarang.. mak masih belum boleh hidup bersendirian di rumah rindukan ayah.. begitu juga angah ayah... 

Angah rindu sangat akan ayah... Al-Fatihah









Kenangan Terindah bersama Ayah... 

Saturday, September 20, 2014

BERCUTI DI GAMBANG WATER PARK, KUANTAN PAHANG

Assalammualaikum dan Selamat Tahun Baru ...

Tahun barulah sangat...

Dah dekat setahun aku tak buat sebarang entry untuk blog aku ini... kenapa yea... malas lah tu... bukan banyak kerja pun tahun ini... 

Tapi akhirnya ada juga hati nak update blog aku ini.. bolehlah bila betul2 tua nanti mana tahu blog akuini berguna untuk aku.. pencen nanti tak ada kerja belek2 blog ini... muda nya time tu ...

Tak mahu cerita pasal yang lama, aku pun dah tak ingat, aku cerita sedikit perjalanan aku bercuti emergency di Gambang Water Park cuti sekolah yang lalu. Semenjak adam bersekolah nie.. terpaksalah ikut jadual dia bukan jadual senang aku.... klu ikut jadual aku sekarang tak ada senang pun lagi2 nak dekat hujung tahun ini... assignment tak siap2 lagi pun... tapi mana tahu balik dari bercuti nie laju sikit dari hari tu.. Aku tak plan pun nak ke Gambang Water Park ini bagi aku setakat mandi air dalam kolam tu kat sini pun ada... ICT, Sunway Lagoon.. tu.. kolam UITM tu pun boleh nak mandi... Tapi... cutikan .. anak2 cuti sekolah nanti boring pulak dia kat transit tu... 

Tapi bila dah pergi tu aku tak menyesal pun... seronok pulak.. bukan seronok apa seronok tengok orang ramai2.. tengok jln.. n makan2... yang part makan2 nie yang aku tak tahan.. patutlah dah kembang semacam jea aku ini.. Ajak mak & ayah sekali lagi seronok... yang tak seronoknya.. mereka cepat penat bila jln2.. jadi aku dengan anak2 aku energy macam kuda hitam.. tak penat pun... 

Aku ke Gambang Water Park sehari sahaja maknanya aku tidur semalam di sana. Ini aku tulis sikit budget yang aku gunankan untuk berbelanja ke Gambang Water Park daripada Shah Alam Ke Bahau Ke Gambang.. kenapa pulak aku ke Bahau Pulak nie... yelah nak ambil mak & ayah sekali join sama.

1) Hotel  Caribbean Bay + Safari  & Water Park - 4 dewasa = RM575.60
2) Tambahan tiket kanak2 - 2 Orang =
3) Breakfast hotel - Free
4) Petrol - aku tak ingat rasanya RM50 pergi RM50 balik
5) toll - aku naik dari Temerloh ke Gambang - RM9.50 mcm tu.. sebenarnya tak perlu lalu highway pun x apa.. tengok jln kampung lagi best.. dari Temerloh ke Gambang tu dalam sejam jea... pergi n balik Shah Alam RM25
6) Pergi kami berhenti breakfast di Kemayan..
7) Sampai sana terus check in tp x masuk bilik lagi terus ke Gambang Water Park. Tapi aku silaplah sepatutnya selepas check in terus ke Safari  boleh naik tram tengok haiwan2 liar kat sana... tapi yang nie aku tak pergi ... rugi di sini.
7) Makan2 aku beli secara touch n go.. RM100 top up.. tapi aku agak makanan di Gambang Water Park tu mahal... Nasi Kukus + ayam seketul tu pun dah RM11.50 ... bukan nasi mahalpun... tapi nak buat mcm mana mmg x blh bw makanan dlm tu...

Gambar-gambar kami di Gambang Water Park & Safari Night...
Tengok nak jalan pun lambat nak buat macam mana usia semakin meningkat 


Asyik-asyik gaya ni... boringlah....

Gaya ni lagi tak tahan apalah Abah Adam nie tak seksi pun... weeekkkkk

Ada juga gambar kita... jari tu besar sangat dah sama dah besarnya dengan muka tu ...


Post kami di bawah pokok kelapa


Nie dia mommie jarum yang gedebap si bj merah dah mcm sama saiz dengan baju hitam tu dah... Uwaaaahhhh

Bukan nak ambil gambar mereka pun.. nak ambil gambar di atas tu jea...

Anak bongsu saya yang tak habis2 melalak aje... boring tau


Tengok.... dah cakap dah gaya tu sama sahaja.. tak ada gaya lain kea... uwakkkkk


Mama kita mandi lagi yea.. lagi setengah jam jea... please...


Malam kami naik tram sahaja ke Safari Night


Tengok show... x best pun... lawak kata.. i boring... ini kanak2 sahaja yang suka...

Kenapa awak buat muka kelat tu adeeb

Nak ke sini jalan nya mendaki atok n nenek dah x larat nak naik...tapi redah jea

Fire show awwwwwuuuuukkkk

Nie nak ke Safari tengok haiwan di malam hari x nampak apa2 pun...


PIeeewgwittt... macam bang....lah u... kihhhhh

Get ready nak balik bilik tapi muka buat2 sediah pulak...


Uwaaaaahhhhh.... lagi

Asyik gambar dia jea... jelous i 


Kami di Gambang Water Park + Safari Night


OTW balik ke Lui... singgah makan di Temerloh, klu sampai di Temerloh mesti tak lupa gulai Ikan Patin... Buat pertama kalinya aku mencuba gulai ikan patin buah.. yang terbaik... lagi the best Ikan Patin di Temerloh di Restoran S.Z Rahmah... kedai ni kedai lama tapi customers nya bukan calang2 orang...tauke2 busatt. yang datang..aku baru tahu... kedai itu tidak mengambarkan pelanggan yang datang makan thari tu. Harga ikan nya pun boleh lah... boleh tahan juga... ikan patin sepotong RM18 hingga ke RM35, RM35 tu kepala lah kot... Udang galah pun ada.. harga nya pun seekor kurang daripada RM50, dan ayam goreng kampung pun ada.... Overall aku rasa... aku boleh bagi 4 bintang untuk kedai nie... memang best..lokasi nya pun dekat jea tepi jalan besar sebelah BP lama klu dari plaza tol Jengka ke Temerloh kedai tu terletak sebelah kanan .. Ayah pun kata sedap.. makan tambah lagi tu dengan kuah..
Orait jumpa lagi nanti.

Tuesday, January 7, 2014

Grand Ihtifal & Sport day Si Cilik Tadika

Lama sudah tidak update blog saya ini......

Kali ini saya nak berkongsi tentang kisah anak saya Adam Daniel yang telah pun menamatkan pengajian beliau di Tadika Rama-Rama (Little Caliphs). Kihhh!! kih!!macam tinggi jea Adam nie belajar... Sebenarnya ini lah perasaan seorang ibu bila dia dapat melihat anak-anak membesar di hadapan mereka.  Walaupun anak itu masih kecil,  hati seorang ibu itu terlalu tersentuh dan gembira melihatnya di atas pentas walaupun hanya berjalan2 di atas pentas itu. Telatahnya amat mencuit hati dan menghiburkan.... Tadika pun tadika lah asalkan Adam sudah rasa perasaan convo itu sekarang.... Apalah mama merepek nie....

Grand Ihtifal ini telah pun berlangsung pada November yang lalu dan kenangan terindah Adam dengan kawan2 n teachers di Little Caliphs:

Muka ada nampak nervous jea.. relax lah Adam...

Baru mama tahu adam di tempat ke 4 dr 30 kawan2 adam, mama kira masa adam naik pentas, mama kecewa sikit sebab harapan mama nie setinggi langit...macam harapan nenek adam pada mama dulu... tapi mama happy sebab adam dah boleh berdikari sendiri  n smart skrg... jangan putus asa chayooookkkk lagi ok.

Senyum kelat dari adam... 

Apakah mereka sedang lakukan ini... 

Cerita pergi ke Makkah bersama kawan2nya untuk menunaikan haji

Nanti adam dah besar Adam bawa mama ke Makkah tunaikan haji dengan Abah MAD yea... Pimpin tangan mama yang dah kedut nie... Hiiiieeee... x mahu serious2 lah... inshaallah doa selalu..


kALAY








Penghujung tahun 2013 adalalah penghujung tahun yang amat memenatkan tetapi saya gembira seadanya. Gembira kerana Adam Daniel akan menjejaki usia 7 tahun, sementara suam-suam gembira, mama nya kerana naik lagi satu tangga usia. Kesibukan bulan Disember tahun ini amat dirasai dan saya rasa ibu-ibu yang di luar sana pun begitu juga. Perkara - perkara yang telah saya lakukan antaranya:

1) Semak semua surat khabar tentang mana- mana iklan julan murah untuk pakaian sekolah Adam;
2) Mencari Tadika baru untuk Adeeb Daniel 4 tahun dan transit Adam untuk sekolah agama dan Sekolah Kebangsaan;
3) Cuti tahun telah diambil untuk tempoh 2 minggu kerana tadika tutup jadi terpaksa cari baru tadika baru untuk Adeeb;

Friday, September 27, 2013

Hari Minggu Kami Di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam


Hujung minggu macam biasa memang kami tak Ada plan ke mana-mana, anak2 yang sibuk nak mandi kolam. Mandi kolam kami maksudnya.. mereka nak  pg swimming. Sudah seminggu Adam bersungguh 2 nak pg... Aku macam biasa buat dekkk jea sbb malas coz dia orang klu mandi x ingat nak balik...

Pagi2 nie kami akhirnya decide nak ke Taman Bukit Cahaya kat Shah Alam sahaja.




Tengok mereka tak sempat2 nak mandi...



Mesti orang lain ingat kalau pergi ke sini, boleh tengok rumah salji, tengok bunga2, tengok rumah senibina melayu sahaja. Masa kecik2 dulu ikut rombongan sekolah ke sini....

Aku tengok sekarang nie dekat taman nie ramai yang datang untuk berbasikal Memang cantik2 and trendy basikal dia orang.... mmm..



Tengok mereka dengan basikal2 mereka...

Aku pernah sewa basikal di sini dengan harga RM10 satu untuk sejam penggunaan. masuk ni sudah 3 x aku ke sini untuk tahun nie...



Ini gambar2 semasa kami berbasikal di Taman ini buat kali pertama...



Pose dulu sebelum ride....





Kami berhenti sekejap sebab penat sangat lah mama...





Ada gaya kamu bertiga nie...

 Untuk memasuki ke Taman Pertanian Bukit Cahaya ini caj-caj yang perlu ditanggung :


1) Parking kereta -  RM3 per entry
2) Tiket Masuk - RM3 dewasa, RM1 utk kanak2. 



Kolam untuk mereka mandi terletak di Taman Haiwan, kalau nak ke sana perlu naik bas, Bas percuma sahaja.... tak perlu berpeluh2 berjalan 
Kami berhenti di Taman Haiwan. swimming pool nie ada dalam Taman Haiwan ini.

Sebelum sampai sana sempat juga mendengar telatah Burung Kakak Tua Putih nie membebel... Tapi tengoknya macam malas jea burung nie nak bercakap.



Swimming pool tu memang jauh sikit, kena jln dlm 500 meter macam tu.. br sampai... Penat2 Smp mereka x penat pun terus jea mandi....tp sebelum mandi kena byr tiket lagi RM3 dewasa n RM1 untuk kanak2...


Belum sampai lagi ke kolam sikit lagi... Jangan mintak dukung ok..



Mmmmm.... 


Dekat sini kena bayar dulu, sebelum boleh terjun ke kolam...


Tengok mana Adam


Mereka fikir seronok mereka sahaja, seronok betul jadi kanak2 nie.. tak perlu fikir apa pun yang penting perut kenyang, tidur lena....

Tengok Adeeb dari jauh jea gaya dia... takut...



Sedang menunggu bas...


Kita Minum dulu sebelum pulang....