Sunday, September 22, 2013

Pagi Di Taman Tasik Shah Alam

Sabtu pagi atau petang kalau aku tak ke mana-mana selalunya  aku bersama Adam n Adeeb ke Taman Tasik Shah Alam. Aktiviti kami tak lain tak bukan, aku makan n minum ... Adam lompat2 kejar mengejar panjat memanjat kat playground nie. Manakala Adeeb jadi pak pengikut... Ikut sahaja Abg buat, selalu aku akan bw bekal tp bekal beli jea, beli nasi lemak Pak Mal di Seksyen 3 yg terkenal tu n teh ais.. 
     

Bekalan sudah pun habis tinggal teh ais sahaja...


Sambil aku breakfast mereka bermain.... Bila mereka berdua dah  penat .. Mereka datang minta air kepada Mama nye nie lalu sambung balik bermain.. "Mama Air" "Mama Air"....Main lagi... Aku tengok Adam & Adeeb suka sgt2... sebab diberi kebebasan untuk bermain Ada sahaja idea yang mereka ingin lakukan di sini. Aku pula menulis blog ini  sambil memerhatikan mereka. 

                     

                         

Tahu tak mereka berdua tengah buat apa??... Mereka sedang bekejar untuk menangkap daun-daun kering yang gugur dari atas pokok. Seronok betul mereka mencari sasaran daun-daun yang gugur itu.

                        

Mama pulak duduk jea memerhatikan kanak2 yang comel ini...


Tiba2...
Aku di datangi oleh seorang student perubatan uitm. Dia minta aku menjawab beberapa soalan kajian untuk doktor dia tentang  senaman dalam kehidupan seharian. Mmmmm.... soalan favourite  aku rupanya....Aku menjawab semua soalan yang diberi berkaitan dgn senamam dengan penuh jujur dari aku nie.. Ayat2 poyo aku lah....hi!!

Aku rasa soalan2 nya sememangnya berkaitan dengan jiwa n hidup aku.... Tiba2 lah pulak kan...

                       
Inilah gift yang aku dapat daripada student tu...kerana berjaya menjawab 50 soalan yang ditanya.


Berbalik semula kisah aku di taman tasik Shah Alam nie, aku perhatikan memang ramai juga mak bapak yang membawa anak2 mereka ke sini. Aku agak usia mereka seusia aku juga.... Sbb anak2 mereka masih kecil lagi lebih kurang sebayaAdam & Adeeb. Seronok aku datang di sini sebab aku suka tengok gelagat orang2 kat taman nie... Macam-macam aktiviti mereka buat, duduk-duduk saja macam aku nie, berjogging, berjalan, berbasikal, picnic dengan keluarga dan banyak lagi...

Antara aktiviti -aktiviti yang pernah aku lakukan di sini bersama family seperti macam nie...



Bawa si kecil Adeeb berbasikal... seronok betul dia...




Mr. MAD membantu anak bongsu dia....


Upppps... salah jalan tu Adeeb




Manakala Adam dengan aktiviti playground dia...






Dan tak lupa juga kat sini boleh buat aktiviti kayaking, ko tengok tu dah senget sebelah kapal tu dibuatnya oleh Mr. MAD...




Tapi sepatutnya aku sendiri perlu buat aktiviti untuk diri aku sendiri di sini... aku nak pergi jogging tapi kasut sukan pulak sudah koyak... itu sebenarnya bukan satu alasan... itu sebenarnya malas!!!... sebab bila dah berjogging tu nanti lapar nye macam nak makan 2x ganda jea... penat... lah.. patutlah lemak2 di badan sudah tepu...

Tapi satu aktiviti yang aku akan cuba nanti di sini iaitu cycling.... pertama yang perlu aku buat bila track basikal di shah alam ini siap aku akan beli basikal ... hiee!!!! hie!!! Azam tahun 2014... Folding Bike one please..... Cantik kan.....





Adeeb blh duduk di belakang... berangan dulu....










No comments:

Post a Comment